My Blog List

suke ke?? :)

Monday, February 20, 2012

realiti hidup

assalamualaikum..
dah banyak hari rasanya tak berkarya.
2 3 hari ini aku agak sibuk sedikit.sibuk menguruskan hal duniawi..

remaja berumur 22tahun,apalah sangat yang mahu dikejar kalau bukan wang ringgit..harta dunia.itu yang perlu.itu juga yang sangat penting.tiada duit tiada kawan,tiada kawan,tiada hiburan.tiada kawan,,apa ertinya hidup bukan?
aku,aku seperti mereka,berkejar ke sana ke mari,mencari semua itu,
kerana wang, kita di sayang, di julang , di puja, di sanjung dan semuanya yang di di di...bibir tersenyum yakin, melangkah dengan megah tatkala wang sentiasa menemani perjalanan..ketika ini , kawan yang dulunya mencebih, menjuih mulut kini melihat kita mula meleret-leret senyumnya,mula mendekati, mula bertanya khabar.kiranya mula menghampiri untuk mendampingi.yang dulu menghina dengan penuh tajam lagi menusuk,mula menunduk wajah tatkala bertentang mata.mula merendahkan diri memohon ampun akan khilaf dulu.ianya kerana apa? ya!semuanya kerana DUIT...
manusia berkejar-kejaran sesama sendiri..bertolak-tolakan,.bercakar-cakaran,malah sanggup berbunuhan hanya kerana sekeping kertas yang bernama WANG.

tidak dinafikan,aku juga memerlukan duit,.tanyalah siapa saja di atas dunia ini, siapa yang tidak memerlukan duit..semuanya akan menggeleng.malah ada menjawab " duit adalah segala-galanya.tiada duit saya boleh mati"..ya ada betul katanya jika dikaji dengan lojik akal..
apatah lagi aku yang baru sahaja mahu memulakan hidup, sangat-sangat memerlukan wang...hati seringkali merintih sendirian tatkala ditimpa ujian kehabisan simpanan.
ketika itu juga keyakinan diri mula menjatuh.merasakan diri sangat daif hanya kerana tidak mempunyai wang..semua kemahuan yang tersarat di fikiran terpaksa dilupakan seketika.

itu lah sebenarnya realiti kehidupan manusia abad ini.semuanya memerlukan duit..bahkan,masuk tandas pon perlu ada duit.tiada duit??sori  kak, abang pakcik makcik. yang punya duit ,tersenyum bahagia, bergelak tawa di sana dan disini.maklum sahaja,kawan-kawan dan pengikut juga makin bertambah ramai.apa yang di terlintas di fikiran, terus sahaja tertunai..bahagia,bahagia sungguh mereka..

namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa?bahkan duit,makanan untuk mengalas perut yang rancak berkeroncong itu pun tiada.lupakan makan pagi, makan tengahari, makan malam, makan untuk  sekali sehari pun belum tentu tersuap.itu pun jika badan masih larat untuk mencari di timbunan sampah di hujung jalan punca lebihan makanan yang di buang orang.tapi,apakan daya,sudah la tua,hendak melangkah pun tidak mampu,inikan pula hendak berjalan jauh nun di hujung sana untuk mengisi perut.derita, sengsara, sakit semuanya bergaul rata..." ah , kejamnya dunia" bentak hati si miskin. dia merasakan diri sangat malang kerana perlu melalui semua pahit getir itu.walhal, mereka di sekeliling sedang enak dibuai mimpi indah, berlapikkan tilam empuk,berhawa dingin. selesa. sedangkan dia, hanya berbumbungkan langit berlantaikan bumi sahaja.

bagi si miskin yang imannya penuh di dada, semua yang berlaku itu dianggap ujian bagi mereka. bahkan mereka berasa bertuah kerana diri dipilih Allah untuk mencuci dosa-dosa silam.hal ini membuatkan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.bibir menguntum senyum tatkala diri dicerca dihina manusia sekeliling.alangkah beruntungnya manusia itu.hati masih lagi gembira tika dirundum musibah.masyaAllah.malah sempat berkata " hanya Allah yang tahu rahsia di sebalik kejadian." sambil tersenyum manis menadah tangan berdoa pada Yang Maha Segalanya.wajahnya yang bersih dan tenang itu menyembunyi seribu satu sakit pedih yang hanya Allah sahaja yang tahu.

tetapi berlainan pula bagi si miskin yang cetek ilmu agamanya..jiwa mereka sentiasa memberontak.menyalahkan takdir dengan setiap dugaan yang datang.ada sahaja benda yang tak kena pada matanya.akhirnya dia juga yang sengsara.jiwanya tidak tenang.hatinya sentiasa robek berdarah bila dikeji manusia lain sehinggakan menyalahkan Tuhan memberi takdir yang 'gelap ' baginya.baginya dunia bagaikan neraka yang sentiasa diseksa dengan azab yang sangat pedih.jiwanya kosong.temannya tiada. dia kecewa.murung.akhirnya dia bersendirian, dalam bahasa lembutnya mula berkawan dengan 'syaitan' iaitu fikiran negatif yang wujud dalam diri sendiri.lebih pedih lagi,mengambil keputusan membunuh diri sendiri..Astaghfirullahal azim..semua ini tidak diherankan lagi.bahkan sudah tertulis dalam Al-Quran Nur Karim bahawa syaitan berirkar akan menyesatkan anak- anak adam sesesat-sesatnya untuk menemani mereka semua masuk bersama ke neraka jahanam.nauzubillahi  minzalik.rugilah bagi mereka yang berjaya diperdaya syaitan itu dan beruntung lah bagi mereka yang sentiasa mempersiapkan diri dengan senjata-senjata amal untuk melawan segala pujuk rayu syaitan durjana itu..

pilihlah wahai kawan,jalan mana yang mahu kamu pilih, yang luas, bahagia dan pengakhiranya neraka ataupun jalan yang sempit, pedih akhirnya menuju ke syurga?..ambillah masa secukupnya untuk memikirkan semua itu.semua yang baik atauburuk,bergantung atas dirimu.hanya dirimu...wallahualam..~

sekian, wassalam..

No comments: