My Blog List

suke ke?? :)

Sunday, February 5, 2012

Dia cintaku..

assalamualaikum..
salam Maulidur Rasul..
selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

alhamdulillah.hari ni sudah masuk hari kelima dalam bulan februari untuk kalendar 2012 kita.juga bersamaan 12 rabiulawal 1433 hijrah.syukur kehadrat Ilahi,kita masih lagi dapat melihat semua ciptaNya yang maha indah ini.syukur alhamdulillah.

jangan kalian lupa,hari ini juga merupakan hari yg cukup bermakna buat kita umat islam.iaitu hr yg mencatat sejarah,lahirnya insan yang sangat mulia bernama Muhammad Bin Abdullah.Tidak asing lagi bagi kita,Nabi terakhir yang menakluki dunia dengan sejarahnya yang tersendiri seperti yang tertulis di dalam kitab Al-Quran nur karim..

Baginda merupakan salah seorang idola aku.tatkala membaca kisah baginda di dalam buku atau pun mana-mana warkah islamiah,hati aku sering dilanda sebak.ntah mengapa.aku pun tidak pasti.mungkin aku sangat-sangat mengkagumi baginda.ya,betul.kisah-kisah kepahitan,kesengsaraan ketika baginda menyebarkan islam pada suatu ketika dahulu sangat menyentuh jiwa nurani aku.hati tertanya-tanya,adakah wujud insan semulia baginda pada ketika ini?wallahualam..hanya DIA yang lebih mengetahui

Nabi Muhammad SAW.ketahuilah,aku la orang paling bahagia jika masih sempat bertemu dirimu sewaktu pemerintahan mu dulu.tapi sayang.ungkapan itu hanya wujud diminda sahaja.tidak akan pernah menjadi kenyataan.Engkau insan yang sangat-sangat sempurna bagiku.tiada tandinganya.sesuai dengan status Engkau yang bergelar KEKASIH ALLAH yang maha Esa itu.

doaku padamu ya ALLAH,,titipkanlah pada jiwaku setiap sifat suci Rasullah walau hanya sekelumit cuma.agar bisa aku menjadi salah seorang dari penghuni Syurga ALLAH SWT itu..sesungguhnya,Engkau la Nabi sekalian alam yang telah mengubah hitam menjadi putih,resah menjadi tenang,sempit menjadi luas,busuk menjadi wangi dan segalanya yang indah buat mu..

wassalam..

No comments: