My Blog List

suke ke?? :)

Tuesday, February 7, 2012

Pentingnya minda yang positif...

assalamualaikum..


untuk entry hari ni,


xde mende sangat aku nak citer
sbb sepanjang hari ni,keje aku duk belek buku je,


maklumlah manusia buku la katakan..


'eh,ada ke manusia buku?'haha..lantak la.
yang penting aku suka membaca walau kat mana sekalipun


mengutip kata bijak pandai,


'membaca jambatan ilmu '..betul tak kawan-kawan...?





ok,di kesempatan ini,aku nak kongsikan dengan semua apa yang aku baca pada hari ni.bukunya bertajuk AKU LAYAK BERJAYA karya Dr Rozieta Shaary..buku ni dikategorikan sebagai buku motivasi yang sangat-sangat berguna buat panduan harian kita..cubalah cari kalau mahu tahu isi kandungan sepenuhnya.banyak di jual di kedai buku di luar sana.hari tu aku beli buku ni kat kedai buku popular megamall kuantan.





berbalik semula pada tajuk asal,jom kita kongsikan apa yang ditulis oleh puan dr ni ok.




Mengawal apa yang masuk ke dalam minda- alat menangani tohmahan

kata-kata dan jenis pemikiran yang memasuki minda dalam sedar menyebabkan perasaan di dalam minda luar sedar itu akan menghasilan tindakan yang akan menentukan hasil atau akibat.



pemikiran - perasaan - tindakan - akibat



Apabila kesemua perkara di atas selari , kita akan mengalami perasaan tenang dan harmoni.sekiranya keempat-empat perkara di atas tidak selari, tubuh kita akan mengalami kesusahan. inilah caranya kita menjemput penyakit ! Deb Shapiro menerangkan perkara ini dengan jelas di dalam bukunya, Your Body Speaks Your Mind.

Apa sahaja yang diarahkan oleh minda dalam sedar anda,minda luar sedar akan patuh dan tubuh akan mempamerkannya.Oleh yang demikian, adakah kita perlu lebih berhati- hati mengenai perkara - perkara yang masuk dalam minda luar sedar kita ? Tentu sekali !

bagaimanakah jika minda dalam sedar kita memberikan arahan yang negatif ?

Minda dalam sedar kita adalah seperti peladang dan minda luar sedar ialah ladangnya. Apa sahaja yang tumbuh ialah benih yang disemai oleh peladang itu.Tumbuhan yang disemai itulah yang dituai oleh peladang.Oleh yang demikian, apabila kita menanam pemikiran dan kepercayaan yang negatif dalam minda luar sedar kita melalui minda dalam sedar kita, hanya kelakuan dan perkara yang negatif yang terhasil.

Pemikiran mempunyai dua saat utuk meresap masuk ke dalam minda dalam sedar. Sekiranya minda dalam sedar menerimanya , ia akan menetap di situ dan berkembang. Sekiranya anak-anak kita memilih untuk membenarkan pemikiran yang negatif menetap dalam minda mereka, tentu sekali mereka tidak boleh mengharapkan hasil yang positif dengan mudah.

Dr. Josep Murphy di dalam bukunya, The Power of Your Subconscious Mind, mengingatkan kita bahawa minda dalam sedar dan minda luar sedar bukannya minda yang terpisah.Ia hanya merupakan dua aktiviti dalam satu minda. Tubuh juga begitu dan sebab itulah Dr Thurman menyatakan minda mempunyai tiga komponen yang sangat berkaitan di antara satu sama lain dan bukan tiga minda yang berasingan.


Dr. Josep Murphy , selanjutnya mengukuhkan kata-kata Dr Thurman bahawa minda dalam sedar ialah minda yang membuat keputusan.Minda luar sedar tidak dapata memahami sama ada pemikiran itu baik atau buruk . Tambah beliau , pemikiran yang negatif dan tidak membina terus bekerja dalam minda luar sedar

kita dan lama-kelamaan akan menarik suatu pemngalaman lain yang sejajar dengan pemikiran itu melalui Hukum Penarikan.


Minda luar sedar juga berfungsi sebaliknya.Sekiranya pemikiran yang positif serta bermotivasi terus bekerja dalam minda dalam sedar kita dan membawa hasil yang positif, kita akan mendapat kekuatan dan akan menarik perkara yang baik ke dalam hidup kita. Kita akan mengalami pengalaman yang memberangsangkan.

sekiranya anda mahukan kejayaan, anda mestilah memlih kata-kata yang betul.Oleh itu ,sesiapa yang paling banyak menghabiskan masa dengan anda adalah amat penting.Anda juga perlu faham bahawa anda boleh mengawal perkara yang masuk dalam minda mereka. Sekiranya pemikiran negatif yang dilemparkan ke arah anda, anda mempunyai dua saat untuk mengarahkan minda sedar mereka untuk menukar kepada mod pemadaman atau penolakan sebagai satu cara untuk mengatasi pemikiran negatif. Minda umpama komputer, ianya boleh diprogramkan untuk menentukan pemikiran yang positif sahaja.





jika minda penuh dengan pemikiran positif,


anda menjadi seorang yang berkeyakinan .


Begitu juga sebaliknya!




ok,setakat itu sahaja untuk hari ini.


semoga entry ini berguna untuk korang semua


rajin-rajinkan membaca ya!


nescaya kelak kamu mampu


memberi sumbangan yang besar buat dunia


percayalah!


ok la..dah la merepek.papai.


wassalam.

2 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

yup...berfikirlah secara positif...

=)

fara said...

hehe..tu la rahsia untuk bahagia selalu ek
kalo la smua org berfikiran positif.mungkin anasir2 jahat akan terhapus lam dunia kan??kalau la..hmm