My Blog List

suke ke?? :)

Tuesday, February 14, 2012

kenapa dia?


salam...
rutin harian yang sangat lapang memberikanku banyak masa untuk mambaca , mendengar dan menulis,
mendorong kuat fikiran aku melayang mengingati si dia yang telah meninggalkan bekas yang sangat mendalam di hati.
entah mengapa, sejak kebelakangan ini fikiran sering merewang- rewang  memikirkan si dia..alangkah bodohnya.membiarkan diri sengsara setiap kali kisah itu menerjah fikiran. setiap kali  itu juga, ego yang selama ini dipertahankan rebah tersungkur.air jernih merembes keluar juga akhirnya..aku tak tahu kenapa aku masih mengingatinya. sedangkan  dia la satu - satunya lelaki yang berjaya ciptakan luka di hati dan parutnya masih merah menyala walaupun sudah dua tahun berlalu.
entah.aku tiada jawapan untuk itu.aku sendiri masih tertanya-tanya kenapa aku masih mengingatinya..yang nyata , mengingatinya merupakan jadual harian yang wajib aku penuhi.aku pun tak pasti untuk apa..
entah..aku keliru,
dulu, aku pernah mengerjakan solat istikarah, tiga malam berturut-turut untuk menenteramkan hati sendiri.ternyata,aku kalah.hanya dia yang ku mimpikan.aku buntu.tak tahu mana arah yang harus aku pilih.hati kuat menafikan semua itu.dengan alasan, mungkin solat yang dilakukan tidak mengikut cara yang betul ataupun  tidak jelas dari segi bacaannya.mungkin juga mimpi itu hadir disebabkan aku terlalu memikirkan tentang dia.ya,mungkin juga.
sejak itu ,pelbagai cara telah ku lakukan supaya dapat melupakannya.dalam masa yang sama juga ,aku masih tercari -cari jawapan kenapa dia begitu istimewa di hatiku.aku tak dapat melupakannya walaupun sesaat! sampai begitu sekali . batinku sangat terseksa. bukan aku tak cuba untuk menerima mereka yang cuba mendekati, tetapi hati masih tidak bersedia untuk dilukai buat kali kedua.sakit itu mengajar aku erti sakit yang sangat memeritkan ditinggal kekasih.aku nekad ,tidak akan bercinta untuk kali kedua.biar jodoh sahaja yang tentukan segala..

lagu ini amat- amat sesuai untuk menceritakan kisah aku..

AKU LEMAH TANPA KAMU.

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu


Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku

Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna


aku pun tak pasti untuk apa aku masih menunggunya sedangkan dia asyik di lamun cinta baru.ah, alangkah bodohnya diri.namun aku tak mampu untuk melawan semua itu.biarlah, aku relakan saja walaupun hal itu berjaya buat hatiku gundah gulana. bagaikan sudah menjadi sebati dalam diri untuk sentiasa mengingati dia.uhh, sangat menyedihkan. YA ALLAH tolong la aku.hapuskan dia dalam kotak fikiranku buat selama - lamanya..itu saja.

ketahuilah..sebenarnya aku BENCI  merinduimu..~~





















No comments: