My Blog List

suke ke?? :)

Monday, February 6, 2012

hati baru..

assalamualaikum..
selamat pagi semua.
firstly hari ni kesal sangat2 sbb terlewat mengerjakan solat subuh.
pukul 7.30 baru sedar dari lena.
masyaALLAH..ampunkan aku ya ALLAH.namun kesempatan tu,aku ttp melaksanakan kewajipan itu walaupun sudah terlalu lewat.bak kata bijak pandai, "better late than never "is it right ?hmm..

malam tadi aku tdur lewat.sjak sbulan dua ni,malam tdi la mlm paling lwt aku lelapkan mata.mgkin sbb pd siang harinya aku sudah dahulu mengisi masa lapang dngn merehatkan diri sahaja.maklum saja la.cuti kan.so apalagi,aku manfaatkan cuti itu dngan sepenuh nya.hanya rehat2 di rumah sambil layan kerenah anak-anak sedara yg sangat comel ini.hanya keletah mereka sahaja yang memenuhi jadual harian aku sekarang.sangat membahagiakan.

tertanya-tanya?mengapa aku masih memilih untuk terus bersendiri,? iaitu tidak memiliki teman istimewa seperti teman-teman yang lain.walhal ada setengah dari mereka sudah pun berjaya melabuhkan tirai percintaan dengan perkahwinan nan bahagia,ada juga yang sudah mempunyai zuriat sendiri.tahniah aku ucapkan..hanya doa aku hulurkan semoga ikatan kalian sentiasa didalam redha ALLAH SWT hendaknya.amin.

aku?aku masih begini..masih fara yang dulu.masih punya hati.punya tangan.punya kaki.dan lengkap segalanya.cukup sempurna.bukan nk membangga.tapi aku bersyukur Allah lengkapkan segala anggota badan selengkap-lengkapnya,tanpa sedikit cela..syukur..!..bayangkan jika salah satu dpdnya ditarik smula.misal kata telinga di pekakkan sebelah.tidak kah itu mencacatkan pendengaran kita?alangkahnya beruntungnya kita.semuanya diatur dengan sempurna oleh yang Maha Pencinta..

berbalik pada soal hati.aku sangat-sangat bersyukur sekarang ini kerana telah dikurniakan hati baru.yakni hati yang penuh kecintaannya pada yang Maha Esa.cinta yang benar-benar luhur.Alhamdulillah,semenjak dua menjak ini,perubahan demi perubahan telah berjaya aku lakukan.pada mulanya memanglah sangat sakit..namun berkat usaha yang berterusan dan tekad dari dalam hati sendiri tanpa paksaan, aku mula melangkah untuk sentiasa menjadi yang terbaik.

jika di renung kembali di saat hati resah gelora pada waktu dulu,aku bersyukur,kini,aku boleh tersenyum bahagia.ternyata hatiku cukup tenang dengan hanya mengingati Allah swt.jika dulu,aku sering memberontak,sering menyalahkan takdir dengan segala yang terjadi.

masih ingat lagi,ketika aku di semester lima dalam pengajian diploma ku dulu,sangat-sangat berbeza perwatakan aku ketika itu,,dulu,aku seorang yang sangat suka menyalahkan takdir.suka sangat menuding jari ke arah orang lain atas kesalahan aku sendiri.aku sering menyendiri.sampai suatu tahap,aku berdoa supaya Allah ambil nyawa aku.astaghfirullah..sangat-sangat tidak menyangka,sampai ketahap itu..pada waktu itu,aku masih ingat lagi,aku terlalu kecewa dengan hidup aku..pelajaran aku abaikan.bahkan penjagaan diri juga tidak terurus..ya,aku tidak salah kan mereka,jika ada yang jijik melihat aku ketika itu.kawan-kawan mula menjauhi membuatkan aku semakin menyalahkan diri sendiri.aku frust.

keadaan itu berlanjutan sehingga ke akhir sem itu..pelajaran aku entah kemana.minda ku kosong.kawan tiada untuk memberi semangat.aku mahukan seseorang untuk membimbing aku yang sangat jauh terpesong ini.solat?aku abaikan..aku mula menyalahkan Tuhan dengan apa yang terjadi.masyaAllah..

mungkin kalian tertanya-tanya bukan.apa sebab utama aku jadi sedemikian..
CINTA..
disebabkan ditinggal cinta manusia,aku seakan-akan hilang pedoman diri.perasaan dikhianati sangat-sangat memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku..sejak itu,aku mula tidak mempercayai cinta dan menganggap aku insan bodoh kerana kecundang dalam percintaan.
ah,memang.memang aku sangat-sangat bodoh ketika itu.nur di hati hanya sekelumit cuma mendorong syaitan yang durjana sentiasa menghasut aku menjauhi yang maha Esa.

alhamdulillah,aku tidak melakukan perkara yang dilarang ALLAH.maksud aku,minum arak,dadah or sebagainya.iman di dada masih ada walaupun sedikit.cuma jiwa yang murung sahaja yang memerlukan pengubatnya.

semenjak itu ,aku mula menjadi remaja yang sangat-sangat dahagakan motivasi..aku mula berjinak-jinak dengan ceramah,warkah dan juga buku-buku motivasi.syukur juga walaupun kawan-kawan tidak menzahirkan keperihatinan mereka,namun jauh di sudut hati aku,aku tahu,mereka suka dengan perubahan aku yg sedikit itu.terutama sekali rakan sebilik aku ida.dia la yang banyak nasihatkan aku..mengingatkan aku tentang solat.walaupun seringkali bergaduh kerana sama-sama degil,tapi kedua-duanya sedar bahawanya saling menyayangi..mungkin kami mempunyai gen yang sama iaitu sama-sama mempunyai pasangan kembar.

menjelang cuti semester kelima,aku mula menampakkan perubahan.mula tersenyum ceria.bukan lagi yang suka masam mencuka.semester keenam itu,aku dan kawan-kawan aku termasuk ida mengambil keputusan untuk menetap di asrama.sebelum ini di luar kampus; rumah sewa.

pada mulanya,kami berdua agak keberatan untuk terima tawaran itu,sementelah pula kami terpaksa mengorbankan cuti semester untuk mengikuti AJK2 yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar baru politeknik.namun dengan desakan sahabat kami ;yana,kami turutkan juga.dengan alasan,jika tidak turut serta program itu,kemungkinan menetap di asrama harus dilupakan.jadi memikirkan bajet untuk meneruskan semester enam sangat besar,kami iakan saja desakan itu.

siapa sangka, keputusan itu merupakan keputusan terbaik dalam hidup aku.di sana,aku mula mengenali mereka-mereka yang berjiwa positif.sentiasa bekerjasama dalam melakukan setiap perkara.aku mula aktifkan diri dengan persatuan.sedikit demi sedikit,jiwa aku mulai tenang..mulai rasa bahagia.aku mula galak.mula fokus pada pelajaran.rakan-rakan sekelas juga perasan dengan perubahan itu.pada mulanya mereka terima.namun lama-kelamaan,ntah di mana silapnya,untuk kali kedua aku mula dipinggir.fikir hati,mungkin aku bukan terbaik untuk mereka.mungkin mulut aku yang semakin pedas berkata-kata itu menyinggung perasaan mereka.

menyedari hakikat itu,aku mula mengundurkan diri..bukan niat mahu memutuskan talian silaturrahim.namun jauh di sudut hati,tidak mahu memanjangkan lagi salah diri.baik berdiam sahaja.semenjak itu,hbgan aku dengan rakan sekelas mula menjauh.maafkan aku.aku sayangkan semua.namun aku hanya insan biasa tidak lepas dari khilaf.semoga pada suatu saat nanti kita akan bertemu kembali.itu yang selalu aku doakan.

kini,aku masih lagi tercari-cari dimana nilai diri sebenar dimata Ilahi..adakah benar yang aku lakukan sekarang atau hanya perasaan aku sahaja.ah,manusia,hati seringkali berbolak.tidak pernah tetap dalam sesuatu perkara.

pintaku padamu ya ALLAH kurniakanlah hati yang baru padaku...semoga aku menjadi salah seorang penghuni syurgaMU..limpahkanlah aku dengan limpah kurnia Engkau.hanya Engkau yang mampu membimbing aku ke jalan yang benar.

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa ,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
sekian.wassalam..~









2 comments:

Anonymous said...

xdok pom namo ak..... wak msuk geng mu dlm asrama... hahahahh

fara said...

haha..nk oyat pasal mu behi balos skmo nga aku ko?ko nk puji mu aja aku maths skmo eh..?haha..