My Blog List

suke ke?? :)

Sunday, April 15, 2012

patah hati~


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU 
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

PATAH HATI

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,“we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

* petikan dpd Ustaz pahrol md juoi - http://genta-rasa.com/2011/03/07/frust-dalam-bercinta/

# fara tujukan khas pada dia yang sedang patah hati sekarang..smoga ada hadiah dari Allah buat awak lepas ni.yakin ini hanya ujian kecil buatmu.ada hikmah di sebalik setiap kejadian.jangan gusar dengan takdir Tuhan.semuanya sudah tertulis.mungkin ini yang terbaik untukmu..ikhlas dan redha la dalam harungi semua ujian ini~

insaf~

Ya Illahi...

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Menahan dari setiap impian
halalkan segala jalan

Inikah petanda senangnya kesombongan
akhir peradaban manusia
Saling mengejar saling menindas
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran 
aku kan kesombongan
Inikah petanda dariMu Tuhan

Ya Allah...

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Serakah manusia cipta petangga
menguji nafsu mereka

Sedih benih-benih bumi mulai menitis
menyaksikan gelagat manusia
Kiri dan kanan tiada bezanya
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran 
aku kan kesombongan

Inikah petanda dariMu Tuhan
Jernihkanlah hati tetapkan jiwa
agar diri ini selalu dekat denganNya
Nikmati anugerah Yang Maha Kuasa
usah persia

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran 
aku kan kesombongan

Inikah petanda dariMu Tuhan...

assalamualaikum semua,,
bangun pagi2 hari ni..fara bukak fb,tup2 dpt hadiah dpd sahabat..dia bagi video klip yang anugerah nasyeed.com tempoh hari tu..waa..teruja giler fara di buatnya..apa tak nya, fara memang nk tgk sngt anugerah tu,tp apakan daya,fara xde tv sndri,yg ada cuma tv fmly,so kena ikut kpala dorang la,xbleh la nk tgk.dorang xmnt nasyeed.fara sorang je.sedih!..

so, sahabat fara yg tahu fara xdpt tgk, dia pon kasi la link ..akhirnya dpt jgk tgk.
kt situ pngacara dia irma hasmie yg tersangat cantik tu..pergh,sejuk je mata tgk dia..kak irma.cantik la akak,alhamdulillah kak da berubah skg,suka sgt tgk..fara selalu doa kalau keluar pegi mana2 ke,klcc ke..dpt terserempak ngan akak..nk jmpe akak.nk borak2,kejap pon jdi la.hehe..* boleh ke doa jmpe kat klcc ?.aiya fara!haha..

ok berbalik pda anugerah tdi,ada la lagu yg tercalon tu inikah petanda.fara mcm penah dgr tpi xigt tajuk kot..tp xpelah,fara cuba dgr,perghh..mmg sdp sgt2..sbb tu la fara copy n paste lirik dia ltak lam blog ni..sangat-sangat menyentuh hati kan lirik dia..?ada la kena sikit kat diri sendiri ni.cnth : Nuraniku mulai menangis kerana tak diperlukan lagi Tinggalkan kebenaran  aku kan kesombongan..

ternyata,apa yang di puisikan dalam bait-bait lirik ni,mmg kena sangat kat dunia akhir zaman ni kan..alhamdulillah, fara bersyukur sangat-sangat sebab sekarang sedikit demi sedikit fara mula menjiwai erti kata muslimah sebenar.mula pakai baju longgar..kurangkan pakai seluar,just skirt je.skirt labuh deh.mula labuhkan sikit demi sedikit tdung ke paras dada...mula pakai stokin.tp jarang2.xsepenuhnya lagi..hehe.alhamdulillah,fara buat semua ni bukan kerana sapa2 yang suruh.tp,sebab mahu merebut peluang,semoga fara ni slah seorang penghuni syurga Allah di sana..syukur alhamdulillah..

sekrang pon fara masih cemburukan mereka-mereka yang pakai tudung labuh,pakai stokin sepenuh masa..tp kenapa fara xmau ikut ek?..mngkin belum masanya lagi kot.tp masa akan berusaha ke arah itu.buat masa sekarang fara perlu  perbaiki kecederaan hati yang masih koyak rabak serta masih hitam legam ni..ya, fara sedang usahakan semoga ia berpeluang menjadi putih semula.insyAallah..doakan fara ya!

wallahua'alam..wassalam~


aku bukan cinta mu~

Dahulu kau mencintaiku 
Dahulu kau menginginkanku 
Meskipun tak pernah ada jawabku 
Tak berniat kau tinggalkan aku 
Sekarang kau pergi menjauh 
Sekarang kau tinggalkan aku 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 
Dan kumohon maafkan aku 
Aku menyesal tlah membuatmu menangis 
Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 
Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku

Thursday, April 12, 2012

pesanku untukmu

awak..
kenapa kisah awak tak pernah padam dari dalam diari hidup saya?
kenapa setiap kali awak bercinta,
kesudahanya,saya tetap akan tahu..
kenapa awak..

saya tak nak awak derita sebab cinta
saya nak awak bahagia
sebab dengan cara tu jugak,
boleh buat saya bahagia..

sebab, saya dah dapat tahu
bagaimana manisnya rasa mencintai seseorang itu 
dengan seikhlas hatinya..
ikhlas kerana Allah,
ikhlas kerana syurga.

jika benar wanita itu tidak ditakdirkan untuk awak,
redha la awak.lepaskan dia pergi
.kerana Allah itu Maha Arif,
Dia tahu apa yang terbaik
untuk hamba-hambanya
selagi hambanya berserah bulat-bulat padaNya yang Maha segalanya.
nescaya,Allah akan bagi hadiah yang lebih baik dengan setiap dugaan yang ditimpakan
selagi hambanya redha,dan yakin itu hanya ujian untukku 

Allah hanya mungkin rindukan rintihan awk
mungkin selama ini,awak mula menjauhkan diri denganNya
sejak mendapat cinta manusia
sehingga meminggirkan cinta padaNya
sedar la awk dari lena yg panjang itu....

redhalah wahai lelakiku..
redhalah yang menentukan hidupmu
bahagia atau derita..

kerana aku,juga tetap akan redha
jika engkau bukan untukku di dunia mahupun di alam sana.
wallahua'alam..

Wednesday, April 11, 2012

badminton dtg lagi~

assalamualaikum..
hai semua..
fara rasa, dah lama sangat fara ta jenguk blog comei ni..
sibuk sangat2 ke?..
ha'ah..memang sibuk sangat..macam2 benda terjadi dalam masa 2 3 minggu ni..
yang bestnya, semuanya yang positif dan yang pastinya yang boleh buat fara senyum je sepanjang hari..

sebenarnya, bermula rabu minggu lepas, fara dah start main badminton balik.
' apa? korang x caye eh fara bleh main badminton?
pergh.. panas je fara dengar..hehe

haha..tpi kat ofis pon ramai yang gelakkan fara masa fara suarakan nk join dorang punyer training badminton tu..pakcik kat ofis cakap ' ai fara, badan tembam macam tu boleh ke pukul bola badminton tu '?
' amboi en z xsyg mulot nampak..cuba kita lawan dulu,pastu tgk la sape lebey tembam ea..'
hehe..sebenarnya fara x terasa pon ngan kata-kata en z tadi..dah mmg fara tembam kan..so terima je la kenyataan ek..lagipon en z tu suka sangat2 mengusik fara.tambah2 di kalangan staff-staff tm  tu,fara sorang je anak dara kat situ..yg len sume dah jadi mak-mak dara dah..fara ni bahan usikan je la bgi dorang smua.tapi fara xkisah..bukan yg jenis cpat terasa pon.relax je.so,fara ni spesel la sikit..cewaahhh..haha~

yang syoknya,masa fara main badminton ngan abg2 tm semua tu,4 set fara menang bergu berturut2..pergh,bergegar dunia kejap fara ase..muka dah merah dah,tahan letih..dah lama kot fara x main..kalau x silap setahun yang lepas,fara training untuk wakil politeknik ke majlis sukan-sukan politeknik kat melaka..alih-alih xleh masuk sebab,awal-awal fara ada partner,semua 6 orang kan..lastday training dorang tak datang pulak..dengan raket pon dorang kebas sekali..adoi..hampeh betul la !hancur harapan fara nak grab johan bergu wanita MSSP..haha~perasaan kan..
tapi xpelah..fara cuma bagi sokongan kat wakil-wakil laki je..coach pon pujuk fara suh ikut sekali jadi penyokong.tapi fara xnak la..bahaya kot,fara sorang je gadis,yang lain sume jejaka..ishk,jangan cari pasal sudah kan..hehe..yang bestnya fara dapat baju jersey badminton politeknik seberang perai..cantik!waner pepel gitu.tetap dapat walaupun tak dapat main kan.hehe,terbaik la..!thks kat coach..kih5~

pepun,lepas je kejohanan tu,fara tetap trun nak main kan..cari2 geng sume xdtg..adoi..spoil betul la..sejak hari tu fara dah x main bad dah..fara stat main netball plak..main netball x best sgt sbb kna tggu ramai2 baru leh stat game..fara pon amek keputusan, tarik diri..sbb fara xsuka bergantung kat ramai org..tggu org tu,tggu org ni..last2,fara joging je ptg2..sbb fara jenis tak suka duk bilik ptg2..paling koman ,kalau malas,lepak kat medan selera depan poli ngan member2.tu je.fara ta suka duk sorang2..huhu~
*psssttt..kalau korang nak tau,fara xde la tembam sgt masa stdy dulu,sbb fara aktif la jgk..walaupun kuat makan..tu dah xleh lari dah.haha~

so, bila msuk tm ni..dgr citer dorang aktif gak men bad kan..pergh,.apa lgi,fara pon wat muka tak malu la..nk join gak..yg bestnye,respon dorang  positif giler..siap bagi pinjam raket lagi..ala,abg2 kan,sume baik ngan ank dara kan..cuba mak dara,msti xlyan punyer kan..haha~

yang pasti.sabtu ni 14april2012 fara wakil tm JRC unit DNM, main tuk kejohanan badminton Telekom Malaysia kat Cyberjaya..wah,excited giler wei..xsabar kot nk tggu..haha~x bleh bla kan..training tak pon..dah la dorang training malam tdi, aku xjoin pon..sape suh tukar hari? nah amek skg, aku dah lupa dah nk join korang..hehe..sori semua..
tpi takpe la..fara dah janji ngan partner fara,sabtu tu fara nk train dulu pagi2..warm up kejap..insyaAllah boleh kot..doakan fara ya!
wassalam~