My Blog List

suke ke?? :)

Monday, May 21, 2012

suatu masa nanti..



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa


Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima





suatu masa- m nasir


tiada lagi kata yang mampu 
di ungkapkan
semuanya sudah tertulis di dalam lagu ini
seperti hatiku'
yang sentiasa tertulis namamu
biarpun engkau tidak tahu
biar la niat suci ini 
akan ku luahkan
suatu masa nanti..



























Friday, May 18, 2012

ku pendam rindu di hati

“Dalam malam yang dingin..
Ku tatap dinding nan sepi..
Pilu menggema dalam hati..
Terjerumus dalam belaian mati
yang mulai mengajakku pergi..
.
Badan terasa kaku kerana memikirkanmu..
Mulut tak dapat bicara jiwa-jiwa bersama dengan doa ku..
Agar kembali semula hati dan fikiran bersatu..
Untuk selalu ingat dirinya dalam fikiranku..
.
Ku jalani walau terasa sakit..
Walau dada ini terasa menghimpit..
Tak dapat memeluk tuk hilangkan rasa rindu..
Tak dapat mencium karena bukan milikku..
.
Kerinduan dan cinta ku pendam..
Perlahan mulai kelam..
Kepedihan slalu membara dihati..
Sampai bila ku tahan rasa ini..

.
Sukar sekali rasanya terucap…
Hanya sehelai kertas segalanya ku curahkan..
Untuk sebuah ungkapan yang tak tersampaikan..
Senang sedih dan luka dihati..
 petikan daripada blog cinta yang sekarang menjadi kegemaran aku.
terasa benar aku dengan kata-kata puitis di atas.terasa seperti penulis juga berperasaan seperti ku.
benar.benar kerinduanku padanya hanya layak di pendam sahaja.
hanya ALLAH dan hatiku sahaja yang tahu betapa dalamnya cinta dan rinduku pada  si dia.
beracap kali ku cuba lupakan dia, namun hal itu berjaya buat beberapa saat sahaja.
beracap kali juga aku cuba untuk mencari pengganti tempatnya di hati.
namun aku sendiri hampa,
tempatnya begitu kukuh di hati,
sehingga kan tak mampu bertukar ganti
terkadang terasa juga seperti diri umpama melakut di tepi gantang
hina bila cinta tidak berbalas
tetapi mengapa diriku masih mengingatinya?
ikhlas..
ya,itu yang aku tahu
aku terlalu ikhlas mencintainya
sampai bila-bila pun aku akann tetap mencintainya
kerna hati nuraniku percaya,
DIALAH PEMILIK TULANG RUSUKKU
jika benar firasatku ini, hanya Allah sahaja aku mohon
tolong la bisikkan padanya
aku terlalu mencintai dia~