Ah.stiap kali dia ada , hatiku berdegup kencang.telah ku cuba untuk bersikap biasa saja tetapi terasa seakan diri tersangat lemah untuk melawan itu semua.walaupun kami belum rapat dan hanya rakan sepejabat,namun ada getar di hati tatkala bertentang mata. adakah si dia juga seperti aku??..hmm
mungkin nafsu aku sahaja yang mendorong hati sering merinduinya. ah , begitu sukar membendung iman yang hanya senipis kulit bawang ini.hati seringkali menafikan kemunculan dirinya, namun , fikiran juga tetap bertegas untuk terus memikirkan dirinya.walhal dia hanya ku temui sepurnama yang lalu.masakan senang benar untuk aku jatuh cinta?
adakah ini sebenarnya cinta atau hanya mainan perasaan bujukan nafsu yang kesunyian? em..jawapannya aku sendiri pun tidak mampu membongkarnya.aku hanya mampu berdoa pada Allah moga hati ini tidak lagi dipermainkan seperti cinta yang lalu.
CINTA? mungkin bukan itu yang aku perlukan buat masa sekarang, mungkin seorang teman rapat yang boleh berkongsi suka duka bersama.ya, mungkin. jika benar dia jodohku,permudahkan perkenalan kami yang singkat ini. jika bukan, jauhkanlah aku denganya dan berikanlah jodoh yang terbaik untuk aku dan dia kerana jujurnya , aku mula menyukainya. bahkan mungkin anganku akan pergi lebih jauh jika keadaan berterusan begini.Ya Allah,jagalah hatiku daripada dikhianati manusia yang aku cintai.amin~

No comments:
Post a Comment