My Blog List

suke ke?? :)

Friday, February 10, 2012

alahai hari velantines ker?..

assalamualaikum semua.
ok hari ni nak membebel panjang ckit sebab kerja yang bos bagi smua dah aku bereskan semalam.
so hari ni rilex2 je la keje aku.jadi sbelum bos datang kasi keje berlambak2 kat aku,baik aku curi masa berkarya kejap.betul x kawan-kawan?hehe..

ok nak citer kat korang la.smlam,aku ngan akak seopis aku p jalan2 kat mydin kat jalan TAR tu..aku ingat aku nk beli pembukak tin je, sbb bibik kat umah gtau nk bukak tin susah guna pembukak yg lama tu kan..so ada kesempatan ni,aku ikut je la akak tu kan..lagipun aku kan suka bab jalan2 ni..boleh la trun lam 0.0000001kg pon dh ok..hahaha..konon nk exercise la konon...hhaha..xleh blah kan ..:p..alang2 masuk mydin tu,pe salahnye kita cuci2 la mata ckit kan..pastu terdatang la idea nk belikan shbt2 aku tu cnderahati la pulak..


so ternampak la diari yg comel sangat2..harga pon boley tahan .murah giler..xpenah jmpa lg wei..jakun aku skejap.haha..3 sekali aku rembat..nah amek ko!.kata nk beli satu barang je kan..sekali,penuh bakul aku jinjing nye...hehe..tersengeh akak kat sbelah.gitu la fara kalo korang nk knl..mmg giler copim sgt..tp time ad duet je..kalo xde,duk diam2 kat umah je la.huhu..



ok bila dah siap sume bayaran barang2 yang penuh bakul tu..aku ngan kak ina pon beransur pulang la ke opis kami yg terletak lebey kurang 1km tu..dkt je pon...smpai je kat opis,akak senior yg mmg peramah tu tegur aku..



" amboi fara shoping aje ye..beli ape ek.." aku tersenyum je..[ dah mmg hobi nk wat cner kan? kui3.. ]



"xde la kak,sy beli barang cket nk wat balik ,kan esok nk balik klate..nk jmpe kawan" jawab aku dengan sopannya..



"ala, yelah tu kawan,ke boipren..jangan fara,nk smbut velantines day ke? eh fara jangan tau..tau x velantine day tu hari apa? "bla bla bla bla....



"eh apa akak ni..orang nk kasi kawan pompuan ler..cuba tgk hadiah tu sume wane pink kan..xkan nk kasi laki kot sume tu..


haha...gitu ler serba sedikit dialog aku ngan kak wan yg terkenal ngan keramahnya itu..tersenyum je dia bila aku jwb cmtu..siap belek lagi hdiah2 tu semua..dia anggukan kepala tanda setuju ngan apa aku ckapkan..bukan apa,dia risau kan aku takut terjebak ngan hari kekasih tu juga..mcm remaja2 kebanyakan di luar sana kot.


apa ni akak ni..


ada ke cakap aku nk smbut hari kekasih pulak..aku,kekasih hati pun xde..ada hati nk smbut hari kekasih plak..kalo ada pon aku xkan smbut punyer..hari tu kan haram di smbut bagi kita umat islam.serius korang.aku xigt lgsung yang 14feb tu hri kekasih aku..niat aku nak balik kg sbb nk jmpa besfren aku , ida, yang dapat masuk UTHM..ajatnya nk jmpa la.kasi hadiah kt dia..xpenah terlintas pon psal hari kekasih macam yg kak wan sebut tu.adoi..huhu..sabor je la..:]



ok terlanjur cakap pasal hari kekasih ni..ada info aku nk korang tau okeyh..tpi aku sure,ramai yg dah tahu sal ni.ada yg iakan saja tp ada jugak yg wat xtau je.tmbah2 lagi pasangan yg tgh kemaruk bercinta.betul x kawan-kawan semua?huhu..



TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.



Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya



Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:



Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”



Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.


Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.


Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.



Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.


Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.


Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.


Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.


Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.





amacam..stuju tak ngan info aku tu korang?pakwe makwe semua?..hah..xstju.erh..lantak korang ler..aku just gitau je..nati azab kubur masing2 tanggung kan..so lu pikir la sndri kan.nk hepi sekarang,nk sakit kemudian ke atau nk sakit skarang,bahagia kemudian?


maksud aku,sakit skrg xpe..ada org nk tolong..sakit dlm kubur,sapa nk tolong?pakwe makwe korang nk dtg tolong bagi ubat ke..sori la bro sis,,masa tu hanya amalan mulia je yg dpt tlg.tpi kalo amalan mulia pon xde,ditmbah pulak ngan dosa maksiat yang berbakul2 tu..macam mane tu??nauzubillah minzalik..doa2 kan smoga ALLAH permudahkan segalanya ya pakwe makwe sekalian..


ok panjang sgt dh aku bebel hr ni..stkt tu jelah.pesanan tuk aku n korang jgk ya..


wassalam.papai..

No comments: