My Blog List

suke ke?? :)

Wednesday, February 29, 2012

:)

susahnya nk cakap...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku telah jatuh cinta...
.
.
.
.
malunya..~~
 

Doa Waktu Dhuha (Doa Murah Rezeki)


Assalamualaikum, saya ingin kongsikan satu doa yang seelok-eloknya kita bacakan sebagai amalan seharian kita. Apa salahnya setiap hari kita berdoa untuk murah rezeki atau pun jika berkesempatan, selepas menunaikan solat dhuha.

Kita mudah ingat apabila sesuatu lagu dimainkan berkali-kali dan menyanyikan semula. Apa kata kali ini, kita dengarkan pula doa-doa yang mana sering kita lupa dengan cara melagukannya seperti doa-doa, hadith-hadith dan juga ayat suci alquran mengikut bacaannya yang betul. Disamping dapat mengingati doa dan bacaan, kita dapat juga menjadikannya sebagai zikir dan mengingati Allah.

Kadang-kala, kita tidak tahu bahawa lagu-lagu yang dilagukan itu adalah maksud ayat-ayat suci al-quran. Saya hari ini kongsikan doa waktu dhuha atau pun doa murah rezeki. Semoga kita mudah mengingatinya melalui cara yang sesuai dan tidak menyalahi sebutan dan maknanya. Insya-Allah. Bolehlah dikongsikan atau disebarkan ke dalam blog-blog, Facebook dan apa-apa medium yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------


 Doa Waktu Dhuha / Doa Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.
Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Tuesday, February 28, 2012

hari CPM DNM TM JRC..terbaik..luv u all..

nk post gmba jer..boleh??
ni saya punya mama n papa kat ofis  :)
tggu vip datang..akak baju hijau tu kak dell.bos saya..
pergh,,,bahagia sangat-sangat
nilah dia pemenang pakaian terbaik dan dapat cabutan bertuah.no 57 bertuah aku.mmg bertuah la aku hri tu..haah
hadiah yg sangat2 bermakna bagi aku.tak pernah tggl.slalu ada dalam beg.peneman sepi,
ni meja aku kat ofis.baru lpas kemas la tu.tp still serabai kan..haha
ni dia AGM kami ;tuan haji ramlan
hensem la abg baju putih tu.tpi sayang,dah berpunya :(


takkan ku menyerah kalah...

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Monday, February 27, 2012

thank you ALLAH











I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

 Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home



dalam diam-diam

hati berbunga-bunga bila tengok kamu..
ini lah kali pertama aku jatuh cinta selepas frust dulu,
adakah ini dinamakan cinta?

oh kamu..
aku senang tengok senyummu
manis menawan kalbu
membuat tidurku dibuai mimpi indah
membuat hatiku sentiasa berbunga riang

tahukah kamu..
aku sentiasa tengok tempatmu kala aku rindu?
aku sentiasa cari peluang supaya dpt tgk senyummu..

kamu kamu kamu
buat aku sentiasa gila bayang
buat aku tersenyum sorang-sorang dalam komuter
yang berjaya buat aku sentiasa gundah gulana

kamu berjaya membuka hati ku..
berjaya memadamkan dia dari hatiku
berjaya membuatku senyum semula..
terima kasih ku ucapkan

ketahuilah,aku doakan kamu juga seperti ku
yang sudah jatuh hati padamu..

Saturday, February 25, 2012

miss u..

jujur..
aku sangat-sangat rindukan kamu..
entahlah,syaitan mana yang berjaya perdaya hati
untuk selalu merinduimu..
telah ku cuba tuk yakinkan hati 
bahawa engkau tidakku cinta
tidakku ku ingat,
namun,apakan daya
cintaku padamu terlalu ikhlas..
saat engkau tgglkan aku dulu,
aku pernah berdoa moga kita disatukan kembali
yang pasti,aku la orang yang paling bahagia jika saat itu ada

tapi percuma
aku umpama pungguk rindukan bulan
siapalah aku untuk mendampingimu..
aku sedar aku hanya pipit
dan engkau enggang
manakan bisa kita bergandingan bersama

percayalah wahai bulanku,
engkau sahaja yang bertakhta di hati ini
pintaku hanya ingin kau bahagia
dengan siapa jodohmu

Tuhan tolong aku juga jaga dia
Tuhan aku sayang dia
aku tak akan berhenti 
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit nanti
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ILLAHI
untuk satukan kami 
di SYURGA nanti..
ameen~~


Tuesday, February 21, 2012

only you..

assalamualaikum..

many times, i have asked myself why people are so keen to put me down , or to rubbish my ideas..
fortunately, i have been blessed with an answer,

sometimes it can come from jealously,
but more often can come from their own unhappiness,
and many portray negative or bad thoughts
that they may have about themselves

although this way not stop comments from hurting,
i take comfort in the knowledge
that what people are so keen to say unto me,
they may be really saying unto themselves,
and their words may reflect their own unhappiness,

so,it is that i can say unto you,
you do not need others people to believe in you,
for you to prosper or to succeed

you need only believe in Yourself
only you....


Monday, February 20, 2012

terima kasih pakcik..

rasanya tak leh tdo kot malam ni..
pedih.sangat menusuk kalbu..teguran pakcik tdi sangat2 menikam-nikam hati aku.
hina.itu sahaja gambaran yang boleh aku katakan..
tapi apakan daya,aku hanya manusia,bukan malaikat..punyai hati,punya perasaan..masakan tidak akan terasa jika dihina di khalayak ramai sedemikian rupa??oh tidak..aku bukan salahkan pakcik,aku salahkan diri sendiri..mungkin salah diri.agaknya..~~
pakcik,terima kasih..sbb bagi teguran sebegitu..bagi saya,bukan begitu caranya untuk menegur..itu menghina nama nya..sbb pakcik,maruah saya, jatuh menjunam jauh ke lubuk mana entahnya..tapi,xpelah pakcik.sy relakan,jika itu kebaikan yang saya akan terima.
ya,saya memang masih budak,masih remaja.tak tahu apa-apa.pakcik sudah tua.tapi adakah pakcik sempurna segalanya..?em bayangkan jika anak pakcik yang menggantikan saya ketika itu..apakah perasaan pakcik?
tak apa la pakcik,mungkin hari ini sudah tertulis saya akan dihina di cerca sebegitu..terima kasih atas teguran itu..tp jujur,kata- kata pakcik sangat berbisa. rasanya masih lekat bisanya di hati ni.sukar betul nk ubatinya..

apapun..TERIMA KASIH atas hinaan itu..alhamdulillah..~~

realiti hidup

assalamualaikum..
dah banyak hari rasanya tak berkarya.
2 3 hari ini aku agak sibuk sedikit.sibuk menguruskan hal duniawi..

remaja berumur 22tahun,apalah sangat yang mahu dikejar kalau bukan wang ringgit..harta dunia.itu yang perlu.itu juga yang sangat penting.tiada duit tiada kawan,tiada kawan,tiada hiburan.tiada kawan,,apa ertinya hidup bukan?
aku,aku seperti mereka,berkejar ke sana ke mari,mencari semua itu,
kerana wang, kita di sayang, di julang , di puja, di sanjung dan semuanya yang di di di...bibir tersenyum yakin, melangkah dengan megah tatkala wang sentiasa menemani perjalanan..ketika ini , kawan yang dulunya mencebih, menjuih mulut kini melihat kita mula meleret-leret senyumnya,mula mendekati, mula bertanya khabar.kiranya mula menghampiri untuk mendampingi.yang dulu menghina dengan penuh tajam lagi menusuk,mula menunduk wajah tatkala bertentang mata.mula merendahkan diri memohon ampun akan khilaf dulu.ianya kerana apa? ya!semuanya kerana DUIT...
manusia berkejar-kejaran sesama sendiri..bertolak-tolakan,.bercakar-cakaran,malah sanggup berbunuhan hanya kerana sekeping kertas yang bernama WANG.

tidak dinafikan,aku juga memerlukan duit,.tanyalah siapa saja di atas dunia ini, siapa yang tidak memerlukan duit..semuanya akan menggeleng.malah ada menjawab " duit adalah segala-galanya.tiada duit saya boleh mati"..ya ada betul katanya jika dikaji dengan lojik akal..
apatah lagi aku yang baru sahaja mahu memulakan hidup, sangat-sangat memerlukan wang...hati seringkali merintih sendirian tatkala ditimpa ujian kehabisan simpanan.
ketika itu juga keyakinan diri mula menjatuh.merasakan diri sangat daif hanya kerana tidak mempunyai wang..semua kemahuan yang tersarat di fikiran terpaksa dilupakan seketika.

itu lah sebenarnya realiti kehidupan manusia abad ini.semuanya memerlukan duit..bahkan,masuk tandas pon perlu ada duit.tiada duit??sori  kak, abang pakcik makcik. yang punya duit ,tersenyum bahagia, bergelak tawa di sana dan disini.maklum sahaja,kawan-kawan dan pengikut juga makin bertambah ramai.apa yang di terlintas di fikiran, terus sahaja tertunai..bahagia,bahagia sungguh mereka..

namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa?bahkan duit,makanan untuk mengalas perut yang rancak berkeroncong itu pun tiada.lupakan makan pagi, makan tengahari, makan malam, makan untuk  sekali sehari pun belum tentu tersuap.itu pun jika badan masih larat untuk mencari di timbunan sampah di hujung jalan punca lebihan makanan yang di buang orang.tapi,apakan daya,sudah la tua,hendak melangkah pun tidak mampu,inikan pula hendak berjalan jauh nun di hujung sana untuk mengisi perut.derita, sengsara, sakit semuanya bergaul rata..." ah , kejamnya dunia" bentak hati si miskin. dia merasakan diri sangat malang kerana perlu melalui semua pahit getir itu.walhal, mereka di sekeliling sedang enak dibuai mimpi indah, berlapikkan tilam empuk,berhawa dingin. selesa. sedangkan dia, hanya berbumbungkan langit berlantaikan bumi sahaja.

bagi si miskin yang imannya penuh di dada, semua yang berlaku itu dianggap ujian bagi mereka. bahkan mereka berasa bertuah kerana diri dipilih Allah untuk mencuci dosa-dosa silam.hal ini membuatkan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.bibir menguntum senyum tatkala diri dicerca dihina manusia sekeliling.alangkah beruntungnya manusia itu.hati masih lagi gembira tika dirundum musibah.masyaAllah.malah sempat berkata " hanya Allah yang tahu rahsia di sebalik kejadian." sambil tersenyum manis menadah tangan berdoa pada Yang Maha Segalanya.wajahnya yang bersih dan tenang itu menyembunyi seribu satu sakit pedih yang hanya Allah sahaja yang tahu.

tetapi berlainan pula bagi si miskin yang cetek ilmu agamanya..jiwa mereka sentiasa memberontak.menyalahkan takdir dengan setiap dugaan yang datang.ada sahaja benda yang tak kena pada matanya.akhirnya dia juga yang sengsara.jiwanya tidak tenang.hatinya sentiasa robek berdarah bila dikeji manusia lain sehinggakan menyalahkan Tuhan memberi takdir yang 'gelap ' baginya.baginya dunia bagaikan neraka yang sentiasa diseksa dengan azab yang sangat pedih.jiwanya kosong.temannya tiada. dia kecewa.murung.akhirnya dia bersendirian, dalam bahasa lembutnya mula berkawan dengan 'syaitan' iaitu fikiran negatif yang wujud dalam diri sendiri.lebih pedih lagi,mengambil keputusan membunuh diri sendiri..Astaghfirullahal azim..semua ini tidak diherankan lagi.bahkan sudah tertulis dalam Al-Quran Nur Karim bahawa syaitan berirkar akan menyesatkan anak- anak adam sesesat-sesatnya untuk menemani mereka semua masuk bersama ke neraka jahanam.nauzubillahi  minzalik.rugilah bagi mereka yang berjaya diperdaya syaitan itu dan beruntung lah bagi mereka yang sentiasa mempersiapkan diri dengan senjata-senjata amal untuk melawan segala pujuk rayu syaitan durjana itu..

pilihlah wahai kawan,jalan mana yang mahu kamu pilih, yang luas, bahagia dan pengakhiranya neraka ataupun jalan yang sempit, pedih akhirnya menuju ke syurga?..ambillah masa secukupnya untuk memikirkan semua itu.semua yang baik atauburuk,bergantung atas dirimu.hanya dirimu...wallahualam..~

sekian, wassalam..

Tuesday, February 14, 2012

kenapa dia?


salam...
rutin harian yang sangat lapang memberikanku banyak masa untuk mambaca , mendengar dan menulis,
mendorong kuat fikiran aku melayang mengingati si dia yang telah meninggalkan bekas yang sangat mendalam di hati.
entah mengapa, sejak kebelakangan ini fikiran sering merewang- rewang  memikirkan si dia..alangkah bodohnya.membiarkan diri sengsara setiap kali kisah itu menerjah fikiran. setiap kali  itu juga, ego yang selama ini dipertahankan rebah tersungkur.air jernih merembes keluar juga akhirnya..aku tak tahu kenapa aku masih mengingatinya. sedangkan  dia la satu - satunya lelaki yang berjaya ciptakan luka di hati dan parutnya masih merah menyala walaupun sudah dua tahun berlalu.
entah.aku tiada jawapan untuk itu.aku sendiri masih tertanya-tanya kenapa aku masih mengingatinya..yang nyata , mengingatinya merupakan jadual harian yang wajib aku penuhi.aku pun tak pasti untuk apa..
entah..aku keliru,
dulu, aku pernah mengerjakan solat istikarah, tiga malam berturut-turut untuk menenteramkan hati sendiri.ternyata,aku kalah.hanya dia yang ku mimpikan.aku buntu.tak tahu mana arah yang harus aku pilih.hati kuat menafikan semua itu.dengan alasan, mungkin solat yang dilakukan tidak mengikut cara yang betul ataupun  tidak jelas dari segi bacaannya.mungkin juga mimpi itu hadir disebabkan aku terlalu memikirkan tentang dia.ya,mungkin juga.
sejak itu ,pelbagai cara telah ku lakukan supaya dapat melupakannya.dalam masa yang sama juga ,aku masih tercari -cari jawapan kenapa dia begitu istimewa di hatiku.aku tak dapat melupakannya walaupun sesaat! sampai begitu sekali . batinku sangat terseksa. bukan aku tak cuba untuk menerima mereka yang cuba mendekati, tetapi hati masih tidak bersedia untuk dilukai buat kali kedua.sakit itu mengajar aku erti sakit yang sangat memeritkan ditinggal kekasih.aku nekad ,tidak akan bercinta untuk kali kedua.biar jodoh sahaja yang tentukan segala..

lagu ini amat- amat sesuai untuk menceritakan kisah aku..

AKU LEMAH TANPA KAMU.

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu


Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku

Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna


aku pun tak pasti untuk apa aku masih menunggunya sedangkan dia asyik di lamun cinta baru.ah, alangkah bodohnya diri.namun aku tak mampu untuk melawan semua itu.biarlah, aku relakan saja walaupun hal itu berjaya buat hatiku gundah gulana. bagaikan sudah menjadi sebati dalam diri untuk sentiasa mengingati dia.uhh, sangat menyedihkan. YA ALLAH tolong la aku.hapuskan dia dalam kotak fikiranku buat selama - lamanya..itu saja.

ketahuilah..sebenarnya aku BENCI  merinduimu..~~





















Monday, February 13, 2012

kisah uda dan dara

februari...

petang itu ku lihat mereka bersama,
berjalan beriringan,
menyusuri pantai nan indah,
ditemani angin petang yang mendayu,
sangat mendamaikan,

ah,alangkah bahagianya waktu itu,

berpegangan tangan bagaikan tidak mahu berpisah walaupun sesaat
sama-sama menabur benih impian ke muka laut yang terdampar biru
sama-sama melafazkan janji sehidup semati
di dengari sang burung yang berterbangan bebas nun di angkasa
lalu di terbangkannya ke seluruh pelusuk alam
biar semua  tahu
kisah uda dan dara
bermadu kasih asmara


april
petang itu ku lihat
dara keseorangan
merenung jauh ke dasar lalut
sedang mencari-cari benih yang di tabur dulu
mungkin sudah tumbuh menjalar mungkin

ku lihat lagi
dara menguis-nguis kakinya
cuba menggali kembali kenangan yg tersimpan dulu
dara hampa
yang dijumpai cuma batu-batu kecil

dari kejauhan ku perhatikan lagi
ada air jernih menitis jatuh
membasahi wajah dara
dara keseorangan
bukan lagi ditemani uda di sisi
yang dahulu berjanji setia

dara kecewa,
laut yang menjadi saksi cinta mereka dulu
juga akan menjadi saksi
kehancuran cinta mereka
terkubur begitu sahaja cinta
tanpa pusara

ah betapa kejamnya dunia
bentak hati si dara
 sedangkan si uda
bertawa gembira dengan dara yang baru

dara kecewa,
lalu mencampakkan saja cinta yang dulu
biar saja di dalam laut itu,
dara redha
jika itu ujian yang dia harus terima
biarkan saja..
cuma dara terkilan,
cintanya yang begitu tulus terhadap uda itu
di rentap begitu sahaja ,
pecah berderai
menjadi cebisan kecil yang mustahil untuk di cantum semula

bagi dara,
itulah cinta sejatinya,
namun tidak bagi uda,
cinta baginya hanya mengisi ruang kebosanan
yang boleh diisi oleh sesiapa sahaja
baginya hidup bukan untuk setia
setia hanya akan menyekat kemahuan
kemahuan yang tidak pernah kenal erti cukup itu.

sudahlah dara,
usah engkau meratap pada yang sudah pergi

biarkan..

jangan membenci,
malah berterima kasih la kepadanya,
kerana mengajar erti sakit yang sebenar,
mengajar hidup sengsara
mengajar erti jatuh untuk bangun dan melangkah lebih jauh,

sesungguhnya uda,
engkau membuatkan dara menjadi lebih matang,
lebih berhati-hati menghadapi cinta yang akan datang

terima kasih untuk semuanya....

end of story..









Friday, February 10, 2012

alahai hari velantines ker?..

assalamualaikum semua.
ok hari ni nak membebel panjang ckit sebab kerja yang bos bagi smua dah aku bereskan semalam.
so hari ni rilex2 je la keje aku.jadi sbelum bos datang kasi keje berlambak2 kat aku,baik aku curi masa berkarya kejap.betul x kawan-kawan?hehe..

ok nak citer kat korang la.smlam,aku ngan akak seopis aku p jalan2 kat mydin kat jalan TAR tu..aku ingat aku nk beli pembukak tin je, sbb bibik kat umah gtau nk bukak tin susah guna pembukak yg lama tu kan..so ada kesempatan ni,aku ikut je la akak tu kan..lagipun aku kan suka bab jalan2 ni..boleh la trun lam 0.0000001kg pon dh ok..hahaha..konon nk exercise la konon...hhaha..xleh blah kan ..:p..alang2 masuk mydin tu,pe salahnye kita cuci2 la mata ckit kan..pastu terdatang la idea nk belikan shbt2 aku tu cnderahati la pulak..


so ternampak la diari yg comel sangat2..harga pon boley tahan .murah giler..xpenah jmpa lg wei..jakun aku skejap.haha..3 sekali aku rembat..nah amek ko!.kata nk beli satu barang je kan..sekali,penuh bakul aku jinjing nye...hehe..tersengeh akak kat sbelah.gitu la fara kalo korang nk knl..mmg giler copim sgt..tp time ad duet je..kalo xde,duk diam2 kat umah je la.huhu..



ok bila dah siap sume bayaran barang2 yang penuh bakul tu..aku ngan kak ina pon beransur pulang la ke opis kami yg terletak lebey kurang 1km tu..dkt je pon...smpai je kat opis,akak senior yg mmg peramah tu tegur aku..



" amboi fara shoping aje ye..beli ape ek.." aku tersenyum je..[ dah mmg hobi nk wat cner kan? kui3.. ]



"xde la kak,sy beli barang cket nk wat balik ,kan esok nk balik klate..nk jmpe kawan" jawab aku dengan sopannya..



"ala, yelah tu kawan,ke boipren..jangan fara,nk smbut velantines day ke? eh fara jangan tau..tau x velantine day tu hari apa? "bla bla bla bla....



"eh apa akak ni..orang nk kasi kawan pompuan ler..cuba tgk hadiah tu sume wane pink kan..xkan nk kasi laki kot sume tu..


haha...gitu ler serba sedikit dialog aku ngan kak wan yg terkenal ngan keramahnya itu..tersenyum je dia bila aku jwb cmtu..siap belek lagi hdiah2 tu semua..dia anggukan kepala tanda setuju ngan apa aku ckapkan..bukan apa,dia risau kan aku takut terjebak ngan hari kekasih tu juga..mcm remaja2 kebanyakan di luar sana kot.


apa ni akak ni..


ada ke cakap aku nk smbut hari kekasih pulak..aku,kekasih hati pun xde..ada hati nk smbut hari kekasih plak..kalo ada pon aku xkan smbut punyer..hari tu kan haram di smbut bagi kita umat islam.serius korang.aku xigt lgsung yang 14feb tu hri kekasih aku..niat aku nak balik kg sbb nk jmpa besfren aku , ida, yang dapat masuk UTHM..ajatnya nk jmpa la.kasi hadiah kt dia..xpenah terlintas pon psal hari kekasih macam yg kak wan sebut tu.adoi..huhu..sabor je la..:]



ok terlanjur cakap pasal hari kekasih ni..ada info aku nk korang tau okeyh..tpi aku sure,ramai yg dah tahu sal ni.ada yg iakan saja tp ada jugak yg wat xtau je.tmbah2 lagi pasangan yg tgh kemaruk bercinta.betul x kawan-kawan semua?huhu..



TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.



Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya



Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:



Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”



Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.


Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.


Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.



Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.


Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.


Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.


Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.


Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.





amacam..stuju tak ngan info aku tu korang?pakwe makwe semua?..hah..xstju.erh..lantak korang ler..aku just gitau je..nati azab kubur masing2 tanggung kan..so lu pikir la sndri kan.nk hepi sekarang,nk sakit kemudian ke atau nk sakit skarang,bahagia kemudian?


maksud aku,sakit skrg xpe..ada org nk tolong..sakit dlm kubur,sapa nk tolong?pakwe makwe korang nk dtg tolong bagi ubat ke..sori la bro sis,,masa tu hanya amalan mulia je yg dpt tlg.tpi kalo amalan mulia pon xde,ditmbah pulak ngan dosa maksiat yang berbakul2 tu..macam mane tu??nauzubillah minzalik..doa2 kan smoga ALLAH permudahkan segalanya ya pakwe makwe sekalian..


ok panjang sgt dh aku bebel hr ni..stkt tu jelah.pesanan tuk aku n korang jgk ya..


wassalam.papai..

we are the champion

Ive paid my dues -
Time after time -
Ive done my sentence
But committed no crime -
And bad mistakes
Ive made a few
Ive had my share of sand kicked in my face -
But Ive come through

We are the champions - my friends
And well keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
cause we are the champions - of the world -

Ive taken my bows
And my curtain calls -
You brought me fame and fortuen and everything that goes with it -
I thank you all -

But its been no bed of roses
No pleasure cruise -
I consider it a challenge before the whole human race -
And I aint gonna lose -

We are the champions - my friends
And well keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
cause we are the champions - of the world -

menjadi pemandu arah pemikiran











kita bertanggungjawab menjaga pemikiran kita.kita mempunyai hak untuk menolak atau mengizinkan sesuatu pemikiran itu untuk masuk ke dalam minda kita dan seterusnya ke hati dan jiwa kita. tidak ada seorang pon yang boleh memaksa kita menerima atau menolak sesuatu pemikiran.










dalam meraih kejayaan , kita akan bertemu dengan orang-orang yang akan bersorak apabila kita kejayaan menuju selangkah ke arah kejayaan kita. kita juga akan bertemu dengan mereka bersorak apabila kita jatuh tersungkur . mereka akan mengeluarkan kata - kata pedij kepada kita dan mengingatkan bahawa kita memang tidak mempunyai apa-apa yang diperlukan untuk berjaya.










persoalanya, siapa yang hendak kita dampingi dan sertai ? kumpulan pertama akan terus membantu kita untuk kuat. dalam masa yang sama, ramai juga di antara yang tidak begitu bernasib baik untuk mempunyai orang yang sentiasa menolong kita. jadi dengan siapa kita boleh bergantung?










jawapannya , sama ada kita mempunyai penyokong atau tidak, kita tetap perlu bergantung kepada seorang sahaja, iaitu DIRI KITA SENDIRI.










meraih kejayaan ini bukanlah suatu pilihan. ia adalah suatu kemestian. jika pemikiran kita sangat penting dalam menentukan realiti hidup , maka tidak apa-apa yang boleh kita beri untuk mengendalikan pemikiran kecuali diri kita sendiri.ambil tanggungjawab dan kemudikan sendiri pemikiran kita.

Thursday, February 9, 2012

lalala...

salam.
hari ni xnak membebel panjang sbb hjung mggu ni nk balek klate.
badan aku je kt sni,fikiran aku dah berjalan pelusuk negeri klate dah..huhu
maklumlah dkt 3 bulan dah xbalik kan..

okeyh..dah-dah merapu.
nah aku nk kasi korang ayat ak copy lam pesbuk tdi..
jiwang la sngt..
baca ek.


Jangan BERMANJA pada yang TAK HALAL.
Jangan BERCERITA pada yang TAK AMANAH.
Jangan PAKSA pada yang TAK SETIA.
Jangan UNGKIT pada yang TAK MENGHARGAI.
Jangan BENCI pada yang TAK MENGERTI.
Jangan BERHARAP pada yang TAK SUDI.
Jangan MEMAKSA pada yang TAK CINTA.
Jangan CINTA pada yang TAK RELA

k la..takat tu je la..nk tgk citer santau merasuk.my feberet tu..papai uolss..

wassalam

Tuesday, February 7, 2012

Pentingnya minda yang positif...

assalamualaikum..


untuk entry hari ni,


xde mende sangat aku nak citer
sbb sepanjang hari ni,keje aku duk belek buku je,


maklumlah manusia buku la katakan..


'eh,ada ke manusia buku?'haha..lantak la.
yang penting aku suka membaca walau kat mana sekalipun


mengutip kata bijak pandai,


'membaca jambatan ilmu '..betul tak kawan-kawan...?





ok,di kesempatan ini,aku nak kongsikan dengan semua apa yang aku baca pada hari ni.bukunya bertajuk AKU LAYAK BERJAYA karya Dr Rozieta Shaary..buku ni dikategorikan sebagai buku motivasi yang sangat-sangat berguna buat panduan harian kita..cubalah cari kalau mahu tahu isi kandungan sepenuhnya.banyak di jual di kedai buku di luar sana.hari tu aku beli buku ni kat kedai buku popular megamall kuantan.





berbalik semula pada tajuk asal,jom kita kongsikan apa yang ditulis oleh puan dr ni ok.




Mengawal apa yang masuk ke dalam minda- alat menangani tohmahan

kata-kata dan jenis pemikiran yang memasuki minda dalam sedar menyebabkan perasaan di dalam minda luar sedar itu akan menghasilan tindakan yang akan menentukan hasil atau akibat.



pemikiran - perasaan - tindakan - akibat



Apabila kesemua perkara di atas selari , kita akan mengalami perasaan tenang dan harmoni.sekiranya keempat-empat perkara di atas tidak selari, tubuh kita akan mengalami kesusahan. inilah caranya kita menjemput penyakit ! Deb Shapiro menerangkan perkara ini dengan jelas di dalam bukunya, Your Body Speaks Your Mind.

Apa sahaja yang diarahkan oleh minda dalam sedar anda,minda luar sedar akan patuh dan tubuh akan mempamerkannya.Oleh yang demikian, adakah kita perlu lebih berhati- hati mengenai perkara - perkara yang masuk dalam minda luar sedar kita ? Tentu sekali !

bagaimanakah jika minda dalam sedar kita memberikan arahan yang negatif ?

Minda dalam sedar kita adalah seperti peladang dan minda luar sedar ialah ladangnya. Apa sahaja yang tumbuh ialah benih yang disemai oleh peladang itu.Tumbuhan yang disemai itulah yang dituai oleh peladang.Oleh yang demikian, apabila kita menanam pemikiran dan kepercayaan yang negatif dalam minda luar sedar kita melalui minda dalam sedar kita, hanya kelakuan dan perkara yang negatif yang terhasil.

Pemikiran mempunyai dua saat utuk meresap masuk ke dalam minda dalam sedar. Sekiranya minda dalam sedar menerimanya , ia akan menetap di situ dan berkembang. Sekiranya anak-anak kita memilih untuk membenarkan pemikiran yang negatif menetap dalam minda mereka, tentu sekali mereka tidak boleh mengharapkan hasil yang positif dengan mudah.

Dr. Josep Murphy di dalam bukunya, The Power of Your Subconscious Mind, mengingatkan kita bahawa minda dalam sedar dan minda luar sedar bukannya minda yang terpisah.Ia hanya merupakan dua aktiviti dalam satu minda. Tubuh juga begitu dan sebab itulah Dr Thurman menyatakan minda mempunyai tiga komponen yang sangat berkaitan di antara satu sama lain dan bukan tiga minda yang berasingan.


Dr. Josep Murphy , selanjutnya mengukuhkan kata-kata Dr Thurman bahawa minda dalam sedar ialah minda yang membuat keputusan.Minda luar sedar tidak dapata memahami sama ada pemikiran itu baik atau buruk . Tambah beliau , pemikiran yang negatif dan tidak membina terus bekerja dalam minda luar sedar

kita dan lama-kelamaan akan menarik suatu pemngalaman lain yang sejajar dengan pemikiran itu melalui Hukum Penarikan.


Minda luar sedar juga berfungsi sebaliknya.Sekiranya pemikiran yang positif serta bermotivasi terus bekerja dalam minda dalam sedar kita dan membawa hasil yang positif, kita akan mendapat kekuatan dan akan menarik perkara yang baik ke dalam hidup kita. Kita akan mengalami pengalaman yang memberangsangkan.

sekiranya anda mahukan kejayaan, anda mestilah memlih kata-kata yang betul.Oleh itu ,sesiapa yang paling banyak menghabiskan masa dengan anda adalah amat penting.Anda juga perlu faham bahawa anda boleh mengawal perkara yang masuk dalam minda mereka. Sekiranya pemikiran negatif yang dilemparkan ke arah anda, anda mempunyai dua saat untuk mengarahkan minda sedar mereka untuk menukar kepada mod pemadaman atau penolakan sebagai satu cara untuk mengatasi pemikiran negatif. Minda umpama komputer, ianya boleh diprogramkan untuk menentukan pemikiran yang positif sahaja.





jika minda penuh dengan pemikiran positif,


anda menjadi seorang yang berkeyakinan .


Begitu juga sebaliknya!




ok,setakat itu sahaja untuk hari ini.


semoga entry ini berguna untuk korang semua


rajin-rajinkan membaca ya!


nescaya kelak kamu mampu


memberi sumbangan yang besar buat dunia


percayalah!


ok la..dah la merepek.papai.


wassalam.

Don't wanna be like cinderella

When I was just a little girl
My momma used to tuck me into bed
And she read me a story
It always was about a Princess
In distress and how a guy would save her
And end up with the glory

I'd lie in bed and think about the person that I wanted to be
Then one day I realized the fairy tale life wasn't for me

I don't wanna be like Cinderella
Sitting in a dark old dusty cellar
Waiting for somebody to come and set me free
I don't wanna be like Snow White, waiting
For a handsome prince to come and save me
On a horse of white, unless we're riding side by side
Don't want to depend on no one else
I'd rather rescue myself

Someday I'm gonna find someone
Who wants my soul, heart and mind
Who's not afraid to show that he loves me
Somebody who will understand
I'm happy just the way I am
Don't need nobody taking care of me

I will be there for him
Just as strong as he will be there for me
When I give myself then
It has got to be an equal thing

I can slay my own dragon
I can dream my own dreams
My knight in shining armour is me
So I'm gonna set me free

Waiting for somebody to come and set me free
I don't want to be like Snow White, waiting
For a handsome prince to come and save me..

Monday, February 6, 2012

Mula menggemari irama nasyid

assalamualaikum..
sesungguhnya mendengar alunan yang memuji maha Pencipta,
hati menjadi tenang serta bahagia,
siapa kata lagu nasyid tu tak best?
mungkin ada yg menyangka muzik nasyid itu agak kolot dan ketinggalan zaman
tidak!..tidak sama sekali.
cuba dengar sekali lagu ini,yang dinyanyikan oleh mawi dan kru.

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

sangat puitis bukan.lirik-lirik mereka cenderung kepada realiti kehidupan.
bukan seperti lagu-lagu cinta masa kini yang hanya memuja-
muja kekasih hati
yang belum tentu sempurna di mata ALLAH itu.~

wassalam..